Assalamualaikum..
Bismillahhirahmanirrahim..
Syukur Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan untuk memperbaiki diri daripada hari ke hari.
Menurut pemerhatian saya, ORANG YANG GAGAL SELALU MENGELUH, manakala ORANG YANG BERJAYA SENTIASA TENANG. Orang yang tenang pasti menang. Mengeluh akan menyebabkan stress!
Dalam setiap 'perjalanan', manusia pasti diuji. Ujian tetap ujian. Namun, bukan keluhan sebagai penyelesaian masalah. Ramai orang tak perasan, sebenarnya perbuatan kita adalah doa. Jadi, secara tidak sengaja mereka telah tersalah doa. Amat merugikan.
Salah satu kunci dalam setiap permasalahan adalah SABAR. Seelok-eloknya kita tenang dalam apa jua keadaan dan ujian.
Hanya dengan berkat kesabaran, kita pasti akan menuju kejayaan dengan mudah.
Jumpa lagi dilain perkongsian ya.
Izad Ismail,
Pengasas & CEO Little Walk,
Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia.
No comments:
Post a Comment