Assalamualaikum & Salam hormat.
Kali ni saya ingin berkongsi serba sedikit tentang latar belakang saya dan keluarga.
Saya merupakan anak sulung kepada 8 orang adik beradik. 6 orang lelaki (termasuk 2 orang kembar) dan 2 orang perempuan. Ibu saya bernama Jamaiah manakala bapa saya bernama Ismail. Saya lahir pada 26 Mei 1991 di Hospital Batu Gajah, Perak. Bapa saya merupakan seorang pesara tentera, manakala ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa, kini telah mempunyai perniagaan sendiri. Kami dibesarkan dalam keadaan serba sederhana.
![]() |
| Gambaran Hospital Batu Gajah. Sumber : Makcik Google |
Semasa berumur 6 bulan saya tinggal di Johor Bahru, ketika itu abah bertugas di Kem Majidee, Johor Bahru. Beliau bertugas diunit Kor Jurutera Elektrik & Jentera Diraja(KJLJ) sebagai mekanik. Setelah hampir 2 tahun, abah dipindahkan ke Kem Syed Putra, Tambun, Ipoh. Saya bersekolah tadika bermula umur 5 tahun. Menurut abah, setiap pagi setiap kali saya ternampak kanak-kanak lain pergi ke sekolah saya akan menangis dan mahu pergi juga.
Dipendekkan cerita, satu hari abah pergi ke tadika Kemas tersebut dan memohon untuk saya bermula bersekolah tadika pada umur 5 tahun, saya bernasib baik kerana diterima. Kerana, ketika itu kanak-kanak hanya akan bermula tadika pada umur 6 tahun sahaja. Kemudian, sempat saya bersekolah rendah darjah 1 di kampung halaman di SK Sungai Galah, Tanjung Tualang selama 6 bulan.
![]() |
| Gambaran kuarters tentera pada ketika itu, di Ipoh. Sumber : Pakcik Google |
Setelah hampir 2 tahun, abah ditukarkan pula ke Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Pada tahun 1998, saya berpindah ke Kuala Lumpur. Saya masih ingat ketika itu Sukan Komanwel sedang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Selain itu, yang masih saya ingat adalah bekalan air langsung selama seminggu. Huhhh memang mencabar, dah la rumah masa tu tingkat 4. Setiap hari turun naik tangga angkut air daripada bawah ke atas.
![]() |
| Gambar pasar Pekan Sungai Besi. Sumber : Pakcik Google |
Sehingga hari ini, hampir 15 tahun telah tinggal.di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kini saya telah berumur 22 tahun. Sedang bekerja di sebuah pusat di Universiti Malaya dan sedang menikmati hari-hari yang terakhir di sini kerana telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mendapat tawaran yang lebih menarik.
Tetapi dalam masa yang sama, saya sedang usahakan perniagaan saya. Berapa ramai yang ingin tahu tentang perniagaan saya?
Nantikan perkongsian saya yang seterusnya ok.
Salam Hormat,
Izad Ismail,
Pengasas Little Walk,
Universiti Malaya, KL, Malaysia.



No comments:
Post a Comment