Assalamualaikum..
Salam Hormat.
Syukur kerana masih diberikan peluang bernafas dan beribadat kepadaNya.
Hari ini, hampir 2 minggu saya beralih portfolio ke sektor perbankan sambil mengusahakan Little Walk. Berbeza dengan ragam di hospital sebelum ini. Pelbagai ragam dapat saya saksikan. Ada yang berwang dan ada yang sebaliknya. Namun begitu, saya perhatikan minda merupakan 'asas' penting dalam diri seseorang.
Ramai orang tak perasan yang sebenarnya mereka 'dikuasai' oleh minda separa sedar. Padahal kita yang patut menguasainya. Sebagai contoh, daripada kecil kita dibiasakan dengan perkataan "Malas la", "Nanti la", "Takut la" dan yang lain yang seangkatan dengan. Kita telah 'disetkan' dengan perkara yang negatif yang menyebabkan kita menjadi negatif.
Jadi, perkara yang paling mudah untuk berubah adalah tukar cara pemikiran. Kerana apa yang kita FIKIR ADALAH DOA. Buat permulaan memang agak susah, tetapi lama-kelamaan anda pasti terbiasa. Selain itu, cara kita berfikir menentukan tahap kewangan kita. Sudah tentu duit tidak boleh membeli kebahagiaan. Tetapi, duit boleh menjadi alat untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insyallah.
Percayalah, jika had maksima pemikiran kita adalah rm100, maka rm100 sahaja yang kita dapat simpan. Jika dapat lebih pun pasti ada sahaja perkara yang tidak diduga berlaku. Itu dinamakan kebocoran wang dan terdapat 'sekatan' dalam minda kita.
Terdapat beberapa cara untuk kita perbaiki minda untuk berubah kearah yang positif. Antaranya ialah :
- Perbaiki hubungan dengan Allah
- Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada
- Banyakkan memberi daripada menerima
- Sentiasa bersangka dalam setiap perkara yang berlaku.
Sekian perkongsian daripada saya untuk kali ini.
Panjang umur kita berjumpa lagi, Insyallah.
Izad Ismail,
Pengasas & CEO Little Walk,
Sungai Besi, KL, Malaysia.
No comments:
Post a Comment