Tuesday, October 29, 2013

Usah mengeluh...

Assalamualaikum..

Bismillahhirahmanirrahim..

Syukur Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan untuk memperbaiki diri daripada hari ke hari.

Menurut pemerhatian saya, ORANG YANG GAGAL SELALU MENGELUH, manakala ORANG YANG BERJAYA SENTIASA TENANG. Orang yang tenang pasti menang. Mengeluh akan menyebabkan stress!

Dalam setiap 'perjalanan', manusia pasti diuji. Ujian tetap ujian. Namun, bukan keluhan sebagai penyelesaian masalah.  Ramai orang tak perasan, sebenarnya perbuatan kita adalah doa. Jadi, secara tidak sengaja mereka telah tersalah doa. Amat merugikan.

Salah satu kunci dalam setiap permasalahan adalah SABAR. Seelok-eloknya kita tenang dalam apa jua keadaan dan ujian.

Hanya dengan berkat kesabaran, kita pasti akan menuju kejayaan dengan mudah.

Jumpa lagi dilain perkongsian ya.

Izad Ismail,
Pengasas & CEO Little Walk,
Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia.

Thursday, October 10, 2013

[ Dugaan & Cabaran ]

Assalamualaikum...

Bismillah & Salam Hormat.

Berasa sangat bersyukur kerana masih dipanjangkan umur olehNya.

Setiap orang pasti mempunyai dugaan dan cabaran yang berbeza. Orang putih kata "Different People, Different Games". 'Games' membawa maksud perjalanan dalam hidup. Ada yang bermula dengan 'zero' dan berakhir dengan 'hero'. Ada juga yang sebaliknya, tidak kurang juga ada yang tidak berbuat apa-apa. Kesian kann.. Hehe.

Bagi saya, dugaan itu pasti datang setimpal dengan kapasiti diri seseorang. Allah tidak akan turunkan ujian kepada hambaNya melainkan dia mampu.

Ujian pasti datang. Tapi, kita tak perlu fokus 100% tentang ujian. Kita perlu fokus tentang bagaimana cara untuk menghadapai ujian dan rintangan untuk naik ke tahap seterusnya.

Malahan, tanpa dugaan, 'perjalanan' menuju kejayaan pasti kurang menarik. Bagi saya, kita perlu rasai sendiri pengalaman pahit manis dalam kehidupan untuk kita lebih menghargai kejayaan yang kita telah capai.
Walaubagaimanapun, bagi saya tiada yang mustahil, yang penting adalah usaha.

Sedikit petikan kata daripada salah seorang guru hebat saya -

Orang yang berjaya berkata "Walaupun susah, tetapi ia tidak mustahil". 
Orang yang gagal berkata "Walaupun tidak mustahil, tetapi ia susah".

Kita nak jadi orang yang bagaimana? Pasti orang yang berjaya kan!
Sekian perkongsian kali ini daripada saya, saya mengundur diri dulu.
Semoga bertemu kembali, Insyallah.

Izad Ismail,
Pengasas Little Walk,
Universiti Malaya, KL, Malaysia.

Friday, October 4, 2013

[ Cara 'merawat' hati yang sakit ]

Bismillah..

Assalamulaikum & Salam hormat.

Kali ni terdetik hati saya nak berkongsi tentang bagaimanakah cara 'merawat' hati yang sakit.

Ramai orang tak perasan yang hati merupakan cermin kepada diri kita. Kalau dalaman(hati) kita baik, maka luaran juga Insyallah akan baik. Begitu juga sebaliknya. Mungkin ada antara kita yang kadang kala berasa sakit hati, samada perasan atau tidak. kan?

Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk 'merawat' hati yang sakit :

- Sentiasa jaga solat 5 waktu & banyakkan solat-solat sunat.
- Lakukan solat sunat taubat setiap hari & istighfar minimum 70 kali sehari.
- Baca Al-Quran & hayati makna (setiap hari)
- Bersangka baik & maafkan orang lain sebelum tidur.
- Berbuat baik & mohon doa daripada ibubapa.
- Berpuasa sekerap mungkin.
- Sentiasa ingat tentang kematian.

Sekian perkongsian daripada saya, Semoga bermanfaat.

Jumpa anda diperkongsian seterusnya ok.

Izad Ismail,
Pengasas Little Walk,
Universiti Malaya, KL, Malaysia.

Wednesday, October 2, 2013

Latar belakang Diri dan Keluarga.

Bismillah..

Assalamualaikum & Salam hormat.

Kali ni saya ingin berkongsi serba sedikit tentang latar belakang saya dan keluarga.

Saya merupakan anak sulung kepada 8 orang adik beradik. 6 orang lelaki (termasuk 2 orang kembar) dan 2 orang perempuan. Ibu saya bernama Jamaiah manakala bapa saya bernama Ismail. Saya lahir pada 26 Mei 1991 di Hospital Batu Gajah, Perak. Bapa saya merupakan seorang pesara tentera, manakala ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa, kini telah mempunyai perniagaan sendiri. Kami dibesarkan dalam keadaan serba sederhana.


Gambaran Hospital Batu Gajah.
Sumber : Makcik Google

Semasa berumur 6 bulan saya tinggal di Johor Bahru, ketika itu abah bertugas di Kem Majidee, Johor Bahru. Beliau bertugas diunit Kor Jurutera Elektrik & Jentera Diraja(KJLJ) sebagai mekanik. Setelah hampir 2 tahun, abah dipindahkan ke Kem Syed Putra, Tambun, Ipoh. Saya bersekolah tadika bermula umur 5 tahun. Menurut abah, setiap pagi setiap kali saya ternampak kanak-kanak lain pergi ke sekolah saya akan menangis dan mahu pergi juga.


Dipendekkan cerita, satu hari abah pergi ke tadika Kemas tersebut dan memohon untuk saya bermula bersekolah tadika pada umur 5 tahun, saya bernasib baik kerana diterima. Kerana, ketika itu kanak-kanak hanya akan bermula tadika pada umur 6 tahun sahaja. Kemudian, sempat saya bersekolah rendah darjah 1 di kampung halaman di SK Sungai Galah, Tanjung Tualang selama 6 bulan.


Gambaran kuarters tentera pada ketika itu, di Ipoh.
Sumber : Pakcik Google

Setelah hampir 2 tahun, abah ditukarkan pula ke Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.  Pada tahun 1998, saya berpindah ke Kuala Lumpur. Saya masih ingat ketika itu Sukan Komanwel sedang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Selain itu, yang masih saya ingat adalah bekalan air langsung selama seminggu. Huhhh memang mencabar, dah la rumah masa tu tingkat 4. Setiap hari turun naik tangga angkut air daripada bawah ke atas.


Gambar pasar Pekan Sungai Besi.
Sumber : Pakcik Google

Sehingga hari ini, hampir 15 tahun telah tinggal.di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kini saya telah berumur 22 tahun. Sedang bekerja di sebuah pusat di Universiti Malaya dan sedang menikmati hari-hari yang terakhir di sini kerana telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mendapat tawaran yang lebih menarik.

Tetapi dalam masa yang sama, saya sedang usahakan perniagaan saya. Berapa ramai yang ingin tahu tentang perniagaan saya?

Nantikan perkongsian saya yang seterusnya ok.

Salam Hormat,
Izad Ismail,
Pengasas Little Walk,
Universiti Malaya, KL, Malaysia.

Tuesday, October 1, 2013

"Terpaksa" ada hobi baru.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Ramai yang tanya saya, Izad "terpaksa" ada hobi baru? Apakah?

Ya, betul. Terpaksa. Tetapi dalam keadaan terpaksa yang ikhlas. Apakah hobi itu? Hobi yang baru tu ialah menulis. Buat permulaan, untuk membiasakan diri saya untuk menulis adalah memaksa diri. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan dan lebih mudah kan. Sebab selama ni rasa sangat malas nak menulis dan menaip.

Kemudian, ada orang tanya lagi. Kenapa Izad ni tiba-tiba nak menulis pulak?

Sebab, ini amanah daripada guru mursyid saya. Apa itu guru yang mursyid? Secara ringkasnya bermaksud, sebelum berguru akhlak kita sangat negatif, tetapi selepas berguru kita berubah menjadi positif.(Tolong betulkan jika saya silap).

Baru-baru ni saya telah menghadiri program yang banyak menyentuh soal menulis dan bertindak. Jadi, saya telah mengambil langkah kanan untuk berjalan dan menggapai kejayaan dengan secepat. Bak kata beliau, " FAST ACTION FAST RESULT".

Setiap hari saya akan cuba untuk kongsikan sekurang-kurangnya satu kisah atau cerita untuk bacaan anda. Insyallah.

Salam Hormat,
Izad Ismail,
Pengasas Little Walk,
Universiti Malaya, KL, Malaysia.